
Pembahasan tentang masalah aurat wanita Islam tidak pernah sunyi dari
diperkatakan. Malangnya, apa yang mendukacitakan adalah
sering kali penjelasan tentangnya tidak berlandaskan nas yang sahih
sebaliknya hanyalah takwilan yang dilatari hawa nafsu serta kebencian
kepada sumber yang qat’ie. Sebahagian kaum Muslimah yang telah
dirasuk pemikiran kufur turut mempertikaikan kewajaran pemakaian tudung yang
juga dipanggil ‘hijab’ dengan menganggap menutup kepala sebagai menutup akal.
Contoh golongan ini adalah seperti Pengurus Program Sisters In Islam (SIS),
Norhayati Kaprawi dalam sesi dialog Islam Liberal di Hotel Selesa, Pasir Gudang
yang berkata bahawa pakaian taqwa itu lebih baik dari menutup aurat.
Ada juga yang beranggapan menutup aurat adalah penyebab kemunduran umat Islam.
Ahmad Reda yang merupakan penyeru agar ditumbangkan sistem pemerintahan Islam
di Turki menganggap bahawa selagi lelaki dan wanita Turki tidak bercampur bebas dan
membuka hijabnya maka tiada kedaulatan undang-undang dan kebebasan di Turki
[Rujuk al-Ittijah al-Wataniah fi al-Adab al-Mu’sir, Jil. 2, ms273). Manakala
Taha Husin dari Mesir menyatakan dalam bukunya ‘Mustaqbal al-Thaqafah fi Misr’:
“Kita mesti mengikut jejak langkah orang-orang Eropah dan cara mereka. Kita mesti
menjadi sekutu mereka dan rakan kongsi dalam ketamadunan, sama ada yang baik
atau yang buruk, sama ada yang manis atau yang pahit, sama ada yang disukai atau
yang dicaci.”
Baginya menutup aurat perlu ditentang kerana ianya berbeza dengan
Barat. Dr. ‘Imad ‘Abd Hamid An-Najar dalam Jaridah al-Akhbar pula menyatakan:
“
Adapun mengenai hijab dan percampuran antara wanita dan lelaki dalam
kehidupan harian, ini adalah perkara yang boleh ditentukan oleh sesebuah
masyarakat berdasarkan keadaannya. Bagi setiap masyarakat ada pakaian
dan cara-cara yang memudahkan individunya. Apa yang disebut di dalam
al-Qur’an mengenai hijab adalah khusus untuk isteri-isteri Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam. Hukum-hakam ini bukanlah semestinya
berkaitan dengan seluruh wanita.”
Demikianlah di antara sebahagian penentangan-penentangan terhadap hukum Allah
yang ditunjukkan oleh kumpulan atau individu yang sudah teracun oleh pemikiran kufur
Barat. Di samping itu, masih terdapat ramai juga wanita Muslim yang masih tidak tahu,
tidak faham atau salah faham dengan cara-cara menutup aurat secara syar’ie di dalam
kehidupan mereka. Justeru, mereka terjatuh di dalam dosa dan keharaman. Justeru,
hukum menutup aurat ke atas Muslimah ini mestilah diperhatikan betul-betul agar kita
tidak terjerumus ke dalam kesesatan dan dosa.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
ReplyDelete"Sesiapa yg d'tanya tntg ilmu,lalu d'smbyikannya,mk org e2 pd hari qiamat akn d'kekang (d'ikat spr mgikat tali kuda) dgn kekang api Neraka."Riwayat Abu Daud & Attarmizi