Thursday, 25 August 2011

Selamat HARI raya MAAF zahir & Batin

Buat S M A T A F I A N S......

" Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin" kpd  Guru2 , Rakan2 , Teman seperjuangan dan bg yg mgenali saya, Mohon ampun dipinta dari hujung kaki hingga hujung rambut.. Segala salah dan silap, terlanjur kata harap dimaafkan.. Moga kita sentiasa dalam Rahmat-NYA senantiasa...
Aminn..


Monday, 22 August 2011

Trivia: Tidakkah hebat jika kita pd hari ini......

Tidakkah hebat kita jika pada hari ini kurang pandai.. tapi sebelum sy bg tahu knp, sy harap pembaca tidak akn salah faham tentangnya..Di sini apa yg sy maksudkan ialah jika pd hari ini kita kurang pandai seperti dari hari yg biasa, jgn berputus asa.. Fikirkan apa yg perlu dilakukn utk mgtasinya..Walauapapun cara yg diambil hendaklh dlkukan dgn penuh ikhlas. Tidak memberi apa2 pun hasil jk kita mlkukannya dgn gopoh-gapah dan penuh dgn dengki..
Apa yg sy belajar dari pengalaman sy pd hari ini,ialah jk sy hendak mgenggam kjayaan sy perlu sabar, meskipun kekadang hati ini penuh dgn dengki trhdp kwn yg lebih bijak dari diri kita.. Sudah mjd lumrah jk kita jg menyimpan hasrat utk berjya dan mjd org yg hebat seterusnya ingin mencapai keredhaan Allah semata-mata itulah yg paling utama..
Juga tip utk berjaya, jgn sesekali prnh tinggal kerja sekolah yg dberikan agar tidak bergunung jadinya. Sudah hutang sendiri mau ingat la.. Peringatan ini sy tujukn kpd diri sy yg terutamanya yg sering leka dan kekadang tu terlupa bahawa Allah lah yg menentukan segala-galanya.Kita hanya merancang Allah yg menentukan sgalanya setelah kita berusaha dan bertawakkal kpd_Nya.. iyyaka walyaks!

Sunday, 21 August 2011

Aurat Seorang Wanita...


Aurat Wanita Muslimah Menurut SyarakPDFPrintE-mail
Selasa, 24 Mac 2009 14:34
201Share
Pembahasan tentang masalah aurat wanita Islam tidak pernah sunyi dari
diperkatakan. Malangnya, apa yang mendukacitakan adalah
 sering kali penjelasan tentangnya tidak berlandaskan nas yang sahih
sebaliknya hanyalah takwilan yang dilatari hawa nafsu serta kebencian
 kepada sumber yang qat’ie. Sebahagian kaum Muslimah yang telah
 dirasuk pemikiran kufur turut mempertikaikan kewajaran pemakaian tudung yang
 juga dipanggil ‘hijab’ dengan menganggap menutup kepala sebagai menutup akal.
 Contoh golongan ini adalah seperti Pengurus Program Sisters In Islam (SIS),
 Norhayati Kaprawi dalam sesi dialog Islam Liberal di Hotel Selesa, Pasir Gudang
yang berkata bahawa pakaian taqwa itu lebih baik dari menutup aurat.

Ada juga yang beranggapan menutup aurat adalah penyebab kemunduran umat Islam.
Ahmad Reda yang merupakan penyeru agar ditumbangkan sistem pemerintahan Islam
 di Turki menganggap bahawa selagi lelaki dan wanita Turki tidak bercampur bebas dan
 membuka hijabnya maka tiada kedaulatan undang-undang dan kebebasan di Turki
 [Rujuk al-Ittijah al-Wataniah fi al-Adab al-Mu’sir, Jil. 2, ms273). Manakala
Taha Husin dari Mesir menyatakan dalam bukunya ‘Mustaqbal al-Thaqafah fi Misr’:
 “Kita mesti mengikut jejak langkah orang-orang Eropah dan cara mereka. Kita mesti
menjadi sekutu mereka dan rakan kongsi dalam ketamadunan, sama ada yang baik
 atau yang buruk, sama ada yang manis atau yang pahit, sama ada yang disukai atau
 yang dicaci.” Baginya menutup aurat perlu ditentang kerana ianya berbeza dengan
 Barat. Dr. ‘Imad ‘Abd Hamid An-Najar dalam Jaridah al-Akhbar pula menyatakan:
 “Adapun mengenai hijab dan percampuran antara wanita dan lelaki dalam 
kehidupan harian, ini adalah perkara yang boleh ditentukan oleh sesebuah
 masyarakat berdasarkan keadaannya. Bagi setiap masyarakat ada pakaian
 dan cara-cara yang memudahkan individunya. Apa yang disebut di dalam 
al-Qur’an mengenai hijab adalah khusus untuk isteri-isteri Rasulullah
 Sallallahu Alaihi Wasallam. Hukum-hakam ini bukanlah semestinya 
berkaitan dengan seluruh wanita.”

Demikianlah di antara sebahagian penentangan-penentangan terhadap hukum Allah
yang ditunjukkan oleh kumpulan atau individu yang sudah teracun oleh pemikiran kufur
 Barat. Di samping itu, masih terdapat ramai juga wanita Muslim yang masih tidak tahu,
 tidak faham atau salah faham dengan cara-cara menutup aurat secara syar’ie di dalam
 kehidupan mereka. Justeru, mereka terjatuh di dalam dosa dan keharaman. Justeru,
 hukum menutup aurat ke atas Muslimah ini mestilah diperhatikan betul-betul agar kita
 tidak terjerumus ke dalam kesesatan dan dosa.
..Daripada 'Amru bin al-'Ash r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda kepadanya yang bermaksud : " Tidakkah engkau ketahui bahawa Islam itu meruntuhkan apa yang ada sebelumnya, hijrah menghapuskan apa yang ada sebelumnya dan sesungguhnya haji itu menghapuskan apa yang ada sebelumnya?"( Riwayat Muslim)..Diriwayatkan daripada Kaab bin Iyadh r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap umat itu ada ujiannya dan ujian umatku adalah harta kekayaan. " (Hadis riwayat Imam Tirmizi)..

Dia's Memory

Cute Polka Dotted Magenta Bow Tie Ribbon