Salam Ma'al Hijrah 1433
Pengertian
AWAL MUHARRAM
MUHARRAM
adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum rasulullah berhijrah
dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah
Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah
Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.
Pada asasnya,
Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang
melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini
ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu,
umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan
larangan berkenaan.
Peristiwa-peristiwa penting :
~ 1 Muharam -
Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
~ 10 Muharam -
Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting
yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi
menegakkan keadilah dan kebenaran.
Pada 10
Muharam juga telah berlaku :
~ Nabi Adam
bertaubat kepada Allah.
~ Nabi
Idris diangkat oleh Allah ke langit.
~ Nabi
Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama
enam bulan.
~ Nabi
Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
~ Allah
menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
~ Nabi
Yusuf dibebaskan dari penjara.
~
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
~ Nabi
Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
~ Nabi
Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40
hari 40 malam.
~ Laut
Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera
Firaun.
~
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
~ Nabi
Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
~ Hari
pertama Allah menciptakan alam.
~ Hari
Pertama Allah menurunkan rahmat.
~ Hari
pertama Allah menurunkan hujan.
~ Allah
menjadikan 'Arasy.
~ Allah
menjadikan Luh Mahfuz.
~ Allah
menjadikan alam.
~ Allah
menjadikan Malaikat Jibril.
~ Nabi
Isa diangkat ke langit.
Doa
Akhir Tahun
Doa
Akhir Tahun dibaca 3x pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib
pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"
Barangsiapa yang membaca doa awal tahun pula, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut
Comments
Post a Comment